• admin
  • 60
  • kokurikulum

Hari Kokurikulum

Featured Images

30 Julai 2011 (Sabtu): Hari Kokurikulum telah diadakan dengan jayanya dan penuh meriah pada hari Sabtu yang lalu. Pelbagai jenis kedai dengan jualan pelbagai jenis barangan disediakan oleh pelajar-pelajar yang mewakili kelab, persatuan dan kelas tertentu. Turut membuka gerai adalah guru-guru dengan gerai Cikgu Oh Cikgu. Keadaan menjadi lebih meriah lagi dengan adanya sesi permintaan lagu dan nyanyain karaoke yang melibatkan pelajar dan guru-guru.

Persatuan Seni Silat juga mempersembahkan pergerajan yang sangat menarik perhatian penonton. Persembahan selama 20 minit itu mempamerkan kecekapan ahlinya bertempor tanpa senjata serta bersenjata seperti kayu, pisau dan tombak.

Pertandingan gerai tercantik juga telah diadakan bagi memeriahkan lagi acara. Kehadiran peserta Sambutan Bulan Kecergasan Daerah LMS turut merancakkan lagi jualan kupon pada hari itu sehinggakan kesemua kupon yang dicetak sebanyak RM10,000.00 telah habis di jual. Para pengunjung kemudiannya dibenarkan membeli secara tunai.

Tahniah kepada pelajar-pelajar yang bersama-sama membantu menjayakan hari kokurikulum pada tahun ini sama ada sebagai penjual di gerai mahu pun yang hadir untuk membeli atau memeriahkan lagi acara hari tersebut. Tidak lupa juga tahniah kepada guru-guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sehingga acara ini mendapat kejayaan yang besar.

Semoga acara akan lebih meriah lagi pada tahun hadapan.