• admin
  • 26
  • guru / sambutan

Sambutan Hari Guru 2011

Featured Images

16 Mei (Isnin): Sambutan Hari Guru telah diadakan di dataran SMKE pagi ini. Sambutam bermula dengan perarakan masuk guru-guru sesi pagi dari Bilik Guru ke tapak perhimpunan. Perarakan diiringi oleh pasukan kompang sekolah. Sebik tiba di tapak perhimpunan, nyanyian lagu Negaraku dan lagu sekolah dinyanyikan beramai-ramai.

Sambutan dimulakan dengan penyampaian ucapan oleh beberapa orang Penolong Kanan dengan membacakan teks-teks ucapan sempena Hari Guru tahun ini. Selepas itu, Tn Hj Ali Akbar, Yang Di Pertua PIBG berucap mewakili ibubapa. Ia diikuti dengan ucapan oleh Tn Pengetua, Tn Hjk abd Rasib b Husein. Pelbagai persembahan menarik dipersembahkan bersama oleh guru-guru dan para pelajar seperti nyanyian Karaoke, pertunjukan silap mata dan tarian 1Malaysia.

Selepas acara di pentas, pelajar diberikan rehat. Selepas rehat acara permainan di langsungkan. Diantara permainan yang dimainkan adalah futsal, bola jaring, ping pong, batu seremban, congkak dan beberapa permainan tradisional lain.

Video lain:

  1. Permainan Keyboard ( Pelajar Sesi Petang) Dan Pertunjukan Silap Mata (Pelajar sesi pagi)
  2. Ikrar Guru
  3. Nyanyian Guru (Sesi petang) - Syed Nasran
  4. Persembahan Gesekan Violin
  5. Nyanyian Cikgu Izham (Guru Disiplin)
  6. Nyanyian Guru (Sesi Petang) - Cikgu Farid