• admin
  • 12
  • antidadah

Majlis Pelancaran Kempen Anti Dadah

Featured Images

8 November (Isnin) - Majlis Pelancaran Kempen Anti Dadah telah dirasmikan oleh Yang DiPertua PIBG sekolah semasa perhimpunan mingguan. Semasa pelancaran, Tn Hj Ali Akbar telah menitikberatkan kepatuhan pelajar terhadap sebarang arahan atau nasihat khususnya dari ibubapa dan guru-guru. Beliau turut melakukan aktiviti bagi memberi kefahaman sebenar apa yang dimaksudkan dengan kepatuhan dan keperluan pelajar mematuhi nasihat dan tunjuk ajar khususnya dari guru-guru dan ibubapa. Sikap tidak patuh kepada nasihat dan tunjuk-ajar ini boleh menjerumuskan diri pelajar ke jalan yang tidak baik seperti penagihan dadah.

Majlis turut diserikan lagi dengan persembahan puisi oleh pelajar-pelajar. Adalah diharapkan kempen ini akan memberi kesedaran kepada pelajar untuk menjauhkan diri dari dadah dan menasihati orang lain seperti rakan sebaya dan rakan-rakan yang lain agar tidak terlibat dengan dadah. Tahniah kepada semua pihak yang telah menjayakan Kempen Anti Dadah 2010.