• admin
  • 22
  • rugby

Naib Johan Ragbi Piala Naib Canselor USM

Featured Images

TAHNIAH! Kepada pasukan ragbi SMKEVII kerana berjaya mendapat Naib Johan Cup dalam Kejohanan Ragbi 10 sepasukan anjuran Universiti Sains Malaysia TransKerian pada 27 dan 28 Februari yang lalu. Dalam pusingan awal pasukan Ragbi SMKEVII telah menewaskan pasukan Matrikulasi Kedah (12 - 0), Matrikulasi Perak (7 - 0) dan MRSM TransKerian (47 - 0).

.Dengan kemenangan ini, pasukan Ragbi SMKEVII berjaya memasuki pusingan kedua (Quarter Final). Dalam pusingan ini pasukan Ragbi SMKEVII berjaya menundukkan  Matrikulasi Pulau Pinang (14 - 5). Kemenangan ini membawa pasukan Ragbi SMKEVII memasuki separuh akhir dan menewaskan SM Vokasional Arau (10 - 0) yang melayakkan pasukan memasuki peringkat akhir. Pada peringkat akhir pasukan Ragbi SMKEVII bertemu dengan SM Sains Pokok Sena. Namun akibat kecederaan yang dialami oleh ramai pemain, pasukan telah tewas 10 - 5 dan muncul Naib Johan Cup.

Pasukan Ragbi ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengetua dan guru-guru ragbi khasnya dan semua guru amnya yang memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada pasukan selama ini. Tidak lupa juga kepada Old Edwardian antaranya YB Muhaimin b Abd Rahman, pemilik Cafe Shima Kubu Gajah dan semua yang telah sudi memberikan sumbangan kepada pasukan ragbi sekolah.