smkevii.edu.my

INFO SEMASA


Makluman Kepada Semua Warga SMK King Edward VII

5 - 20 Jun 2010: CUTI SEKOLAH PERTENGAHAN TAHUN

Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)

Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)

Capaian dari rumah SAHAJA

 

Capaian dari sekolah SAHAJA klik

Unit Kaunseling

 

Klik imej untuk ke Laman Web Unit Kaunseling .

Ikuti Perkembangan Unit Kaunseling melalui web ini.

 

Keputusan Olahraga LMS 2010

 KEJOHANAN SUKAN DAERAH LMS KALI KE 54 2010

(Padang SMK Teknik Taiping)

Keputusan Kejohanan  

Kategori Lelaki klik / pingat 

Kategori Perempuan klik / pingat

Kategori Sek Rendah pingatklik   

1. Hari Pertama - 30 Mac 2010 klik 

2. Hari Kedua - 31 Mac 2010 klik

3. Hari Ketiga - 1 April 2010 klik

4. Hari Keempat - 2 April 2010 klik

5. Panduan Nama-nama Sekolah klik

6.  Senarai Peserta Terbaik:

       i - Sekolah Rendah: 

         P11 / P12 / L11 / L12 

       ii - Sekolah Menengah: 

         P14 / P15 / P18 L14 / L15 / L18

7. Rekod Baru klik 

8. Senarai Pemenang klik 

smkevii chat room

e mel: webmaster@smkevii.edu.my

 

smkevii.edu.my
SMKEVII Web TV PDF Print E-mail
Written by Guru Penyelaras Bestari   
Tuesday, 31 March 2009 09:43

Kandungan Web TV:

 Majlis  Persaraan Pn Hjh Helma bt Mohamad.

 

Majlis telah diadakan di Dewan Besar Sekolah pada 13 April (Isnin) dalam suasana ketiadaan bekalan elektrik biasa akibat banjir yang melanda sekolah pada 6 April lalu.Setinggi penghargaan diucapkan kepada pihak Rejimen Ke-3 Artileri Di Raja*, Angkatan Tentera Malaysia yang telah sudi menyediakan janakuasa elektrik mudahalih bagi menjayakan majlis ini.

Ustazah Pn Hjh Helma pernah belajar di SK Teluk Medan, Bagan Serai Perak (1960 - 1965),  SMK Bagan Serai, Perak (1966 - 1968), SM Agama Ridzwaniah Teluk Medan (1969 - 1970) dan SM Agama Al Ehya' As-Sharif Gunung Semanggol (1971 - 1974).

Beliau pernah berkhidmat di  SMK Petaling, Bt 6 , Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur (1980 - 1982) , SMK Bangsar, Kuala Lumpur (1983 - 1984), SMK Tengku menteri Changkat Jering,  Perak (1985 - 1989), SMK St George, Taiping (1990 - Jan/Feb), SMK King Edward VII (1 Mac 1990 - 2009).

Beliau memperolehi pendidikan perguruan dari Maktab Perguruan Islam Petaling Jaya.

Selamat Bersara.

*Ucapan penghargaan yang tidak terhingga kepada Pegawai Pemerintah Lt Kol Mohd Faiz b. Ahmad dan Ketua Bateri Mejar Arman b. Hj Ariffin yang menyediakan janakuasa elektrik sehingga majlis ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

SELAMAT MENONTON



 

Last Updated on Wednesday, 29 April 2009 10:32
 
Johan Olahraga Daerah LMS - Lelaki PDF Print E-mail
Written by Ahmad Mazlan   
Wednesday, 12 November 2008 08:08

Video

SMK King Edward VII mengekalkan kejuaraannya dalam Kejohanan Olahraga MSSD Larut Matang Dan Selama bagi kategori Lelaki Sekolah Menengah yang diadakan di padang SM Teknik Taiping pada 30 Mac - 2 April lalu. Pasukan SMKEVII berjaya mengutip 331 mata dengan 11 pungutan pingat Emas, 9 Perak dan 5 Gangsa. Tempat kedua dimenangi oleh pasukan dari SMK Hua Lian dengan 287 mata serta 7 Emas, 9 Perak dan 4 Gangsa, Tempat ketiga dimenangi oleh SERATAS dengan 196 mata.

Kejayaan ini adalah kerana pasukan SMKEVII berjaya menjuarai kategori Lelaki bawah 18 tahun (128 mata) dan Lelaki bawah 14 tahun (128 mata). Bagi kategori Bawah 15 tahun pasukan SMKEVI mendapat tempat kedua dengan 90 mata ketinggalan dengan pasukan SMK Hua Lian yang mendapat 135 mata.

4 orang pelajar berjaya memecahkan rekod dalam kejohanan ini. CHEAH YAU CHUNG kategori L14, memecahkan rekod Lari 200 meter dengan catatan 25.0s berbanding rekod lama tahun 2008, 25.7s. ZAFKWAN BIN ZAFHIAN, kategori L18, memecahkan rekod Lari 200 meter dengan catatan 23.3s berbanding rekod lama 23.4s (2003). MUHAMMAD AIZZAT BIN ADZMI, kategori L18, memecahkan rekod Lompat Tinggi dengan mencapai ketinggian 1.85m berbanding 1.84m (2001). MOHD NUR AL-HAFIZ B. SOLEH, kategori L14, memecahkan rekod Lompat Tinggi dengan ketinggian 1.60m berbanding 1.59 (2007).

Dua orang peserta sekolah ini telah berjaya dinobatkan sebagai peserta terbaik kejohanan bagi kategori masing-masing. Peserta tersebut adalah CHEAH YAU CHUNG bagi kategori L14 dan ZAFKWAN BIN ZAFHIAN bagi kategori L18.  

Tahniah diucapkan kepada semua peserta pasukan SMKEVII. Semoga berjaya di peringkat Negeri nanti. Tahniah juga kepada para penyokong yang telah memberikan sokongan yang padu kepada pasukan sekolah. Tidak dilupakan kepada jurulatih dan guru-guru yang telah berjaya membawa pasukan menjadi Johan Daerah LMS 2010.


Last Updated on Thursday, 15 April 2010 01:08
 
Karnival ICT LMS - Naib Johan Sunting Video dan Kuiz B-Smart PDF Print E-mail
Written by Guru Penyelaras Bestari   
Monday, 09 August 2010 11:01

Seramai empat orang pelajar telah berjaya memperolehi hadiah dalam dua pertandingan yang diadakan sempena Karnival ICT Daerah LMS yang telah diadakan pada 4 Ogos 2010 di SM Teknik Taiping.

Dalam pertandingan Kuiz B-SMART anjuran Telekom Malaysia, dua orang pelajar iaitu Sharan Raj dan Sreetharan telah berjaya mendapat Naib Johan setelah berjaya ke pusingan akhir.

Dalam pertandingan menyunting video bertemakan Hari kemerdekaan, dua orang pelajar yang merupakan Jurukamera Video dari Briged Bestari iaitu MOHD SYAMIRUL NAIM BIN NADZRI dan MOHAMAD RAZIQ SYAHMI BIN SAZALI telah berjaya mendapat Naib Johan dengan bimbingan Cikgu Ahmad Mazlan. Video yang disunting adalah rakaman lansung yang mereka rakam semasa acara sambutan Hari Kemerdekaan tahun lepas yang memaparkan dua orang pelajar mendeklamasikan sajak bertajuk Malaysia - Dulu Kini Dan Selamanya dalam satu perhimpunan sekolah. Video ini telah disunting dengan memasukkan unsur-unsur multimedia dan petikan video negara sebelum, semasa dan sesudah merdeka.

Pada hari Karnival tersebut, tema pameran pihak sekolah adalah Pembestarian Sekolah. Pameran iini telah memaparkan bagaimana ICT telah digunakan dalam semua bidang seperti dalam P&P, Pengurusan dan kolaborasi dengan pelbagai pihak. Sepanjang pameran berlangsung pengunjung menyaksikan rakaman video aktiviti sekolah seperti Bacaan Doa semasa perhimpunan pagi, School Oath, aktiviti Briged Bestari dan beberapa video lain yang diuruskan oleh pelajar JONATHAN A/L PUNNALAGAN.

    

                   

Antara contoh penggunaan ICT dalam P&P adalah penggunaan Sistem Pengurusan Pembelajaran yang hanya dipunyai oleh 50 buah sekolah di Malaysia. Sistem ini mengandungi bahan-bahan pembelajaran multimedia termasuk semua bahan yang selama ini dibekalkan dalam bentuk CD bagi matapelajaran PPSMI. Bahan ini boleh dicapai dari pelayan (server) khas sistem ini dan ianya boleh juga dicapai dari rumah.

Penggunaan ICT dalam pengurusan memaparkan aplikasi yang digunakan untuk memudahkan pengurusan sekolah seperti dalam pengeluaran sijil-sijil seperti Sijil Berhenti, Sijil PEKA dan peperiksaan. Sistem Maklumat Olahraga yang digunakan untuk merekod Kejohanan Olahraga sekolah juga dipaparkan dalam pameran ini.

ICT untuk kolaborasi pula memaparkan pengalaman pelajar mengadakan web-conference bersama dengan pelajar-pelajar dari dua buah sekolah di Sabah dan di Besout Perak. Turut dipaparkan adalah pengalaman pelajar mengadakan Video-Conference bersama dengan Sekolah Sri Puteri, Cyberjaya dan Sekolah Alam Shah, Putrajaya sempena lawatan Menteri-menteri Pelajaran Komonwel ke Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya.

*Web-conference menggunakan kamera webcam biasa. Video-conference menggunakan peranti khas dan menghasilkan suara dan gambar seperti melihat di peti TV,

Dalam karnival kali ini juga pihak sekolah membuat produksi video menggunakan peralatan ICT, bagi memaparkan kemahiran pelajar dalam menggunakan ICT untuk menghasilkan produksi video berbentuk majalah untuk tontonan umum. Produksi video ini keseluruhannya diuruskan oleh pelajar. Dua orang pelajar perempuan tingkatan 6 ditugaskan menjadi pengacara iaitu Siti Nabilah bt Yahaya dan Sharon a/p Jothiram untuk mewawancara peserta karnival dan pengunjung. Tugas-tugas mereka turut dibantu oleh pembantu pengacara iaitu Sheafer Tan Lace Vin dan Prema a/p Rajasundram.  Dua orang pelajar lelaki Briged Bestari pula bertugas sebagai jurukamera video iaitu MOHD SYAMIRUL NAIM BIN NADZRI dan MOHAMAD RAZIQ SYAHMI BIN SAZALI.  Sementara itu dua orang lagi pelajar iaitu MOHAMAD ZAID BIN SHABIR AHMAD dan MOHD FAIZ BIN MAD SAAD diberi tugas menguruskan rakaman video berkenaan ke dalam notebook. Ia merupakan satu pengalaman amat berguna bagi pelajar-pelajar berkenaan dalam menerbitkan video berbentuk majalah menggunakan peralatan ICT sedia ada.

Sekolah-sekolah atau PKG yang ingin mendapatkan DVD rakaman video ini boleh hubungi This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it untuk keterangan lanjut. 

Tahniah kepada pemenang. Terima kasih kepada guru-guru yang terlibat secara lansung dan tidak lansung dalam menjayakan karnival ICT kali ini.Terima kasih juga kepada Pentadbiran sekolah yang sentiasa memberikan galakan kepada peserta untuk mempersembahkan yang terbaik. Terima kasih juga kepada pelajar yang turut membantu dalam menjayakan karnival ini. 

Gambar sekitar Karnival  klik

Last Updated on Monday, 09 August 2010 14:09
 
PARR JOHAN LAGI - Kejohanan Sukan 2010 PDF Print E-mail
Written by Ahmad Mazlan   
Wednesday, 12 November 2008 08:08

Video

Rumah PARR lagi sekali buat tahun ketiga berturut-turut dinobatkan sebagai Johan dalam Kejohanan Olahraga bagi tahun 2010 yang telah diadakan pada 3 Julai 2010, hari Sabtu bermula pada pukul 2.00 petang. Rumah PARR berjaya mengutip 342 mata mengalahkan Keir yang menjuarai Pra Kejohanan dengan 340 mata.

Kejohanan Sukan pada tahun ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Tiger Tuan Hj Sulaiman b Mohd Hassan, Mantan Ketua Polis Johor.

Keputusan Penuh:

 

Last Updated on Wednesday, 07 July 2010 01:13
 
125th Anniversary Celebrations Updates PDF Print E-mail
Saturday, 26 July 2008 23:16

8th July 2008

Dear Fellow Tigers,

125th Anniversary Celebrations of King Edward VII School

The 125th Anniversary Celebrations of King Edward VII School, Taiping kicked off with soft launch by YABhg Dr Ling Leong Sik on 12th May 2008 in King Edward VII school Hall. With this launch, the Organizing Committee of the Anniversary celebrations have planned a series of events and programs culminating in an Anniversary dinner on Saturday 11th October 2008 in Dewan Majlis Perbadaran, Taiping which will be graced by the presences of their royal Highnesses of Perak Darul Ridzuan as follows :

 

  1. DYMM the Sultan of Perak, Sultan Azan Shah and DYMM the Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun;

  2. DYTM Raja Muda of Perak, Raja Nazrin Shah and DYTM Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim.

With the presences of the Royalties and other dignitaries, the 125th Anniversary dinner will be a grand and auspicious occasion not only for the school, the students, the Old Edwardians but also the Taipingnites to remember “Magni Nominis Umbra” for generations to come.


The events and programs which have been arranged for the Anniversary celebrations are as follows :

Last Updated on Wednesday, 30 July 2008 11:42
Read more...
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Page 1 of 15