Radio SMKEVII (24 jam) - Rangkaian SchoolNet Sahaja
PANDUAN: Capai laman web dahulu. Jika berjaya, pastikan Komputer mempunyai Winamp Player. Kemudian klik Dengar Radio untuk dengar radio. Selamat Mendengar.
Rumah Keir berjaya menjadi Johan Pra Kejohanan Sukan bagi tahun ini setelah selesai semua acara dipertandingkan pada pagi Jumaat 12 Februari. Rumah Keir mendapat 302 mata mendahului rumah tempat kedua Rumah Parr dengan 290 mata.
Keputusan penuh adalah seperti berikut:
Peserta yang berjaya dalam Pra-Kejohanan kali ini adalah seperti berikut:
Raffles dinobatkan sebagai johan merentas desa bagi tahun ini selepas selesai larian merentas desa di adakan di Taman Tasik Taiping pada 6 Februari 2010 bersamaan hari Sabtu bermula pada pukul 8.00 pagi.
Sebelum itu, larian tahun ini telah dimeriahkan dengan senamrobik bersama dengan kumpulan senamrobik Sabtu Santai Majlis Perbandaran Taiping. Senamrobik ini turut disertai oleh kumpulan dari beberapa organisasi sekitar Taiping. Sabtu santai adalah program senamrobik bulanan Majlis Perbandaran Taiping pada setiap Sabtu pertama setiap bulan.
Keputusan keseluruhan:
Keputusan penuh adalah seperti berikut:
1. Tingkatan Satu
2. Tingkatan Dua
3. Tingkatan Tiga
3. Tingkatan Empat
5. Tingkatan Lima
6. Tingkatan Enam Lelaki
7. Tingkatan Enam Perempuan
8. Bilangan Pelajar Melepas Masa -Tingkatan 1 - 5
9. Bilangan Pelajar Melepas Masa - Ting 6
10. Markah Rumah Bagi Ting 1 - 5
11. Senarai Pemenang Ikut Rumah
12. Senarai Pemenang Ikut Acara
Last Updated on Tuesday, 09 February 2010 06:33
Sekolahku Syurgaku
Written by MOHD FADDLI SAAD
Tuesday, 29 December 2009 15:18
Sekolahku, Syurgaku..
Ungkapan “Sekolahku, Syurgaku” sering diperkatakan baik dalam kalangan pendidik mahupun pelajar. Malah kita dapat melihat di dinding-dinding sekolah juga terukir ungkapan tersebut. Namun secara hakiki dan realitinya apakah yang difahami tentang ungkapan tersebut? Adakah ia hanya sekadar ungkapan dan perkataan? Apa yang ingin dinyatakan di sini ialah ungkapan “Sekolahku, Syurgaku” amat bermakna jika diteliti, diselusuri dan difahami akan perkataannya.
Sekolah dapat ditakrifkan secara umum sebagai tempat untuk menimba ilmu. Manakala, syurga pula ditafsirkan sebagai tempat yang indah, menarik dan gembira ketika berada di dalamnya. Oleh yang demikian, ungkapan “Sekolahku, Syurgaku” melambangkan bahawa sekolah merupakan tempat yang indah dan menarik ketika menjejakkan kaki ke dalamnya. Namun begitu, sejauhmanakah ianya direalisasikan?
Sewajarnya, para pelajar baik sekolah di desa, pedalaman mahupun bandar merealisasikan ungkapan tersebut. Jika menyelusuri sejarah, pembangunan dalam sektor pendidikan begitu berbeza. Jika dahulunya Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dalam kelas menggunakan papan hitam, OHP dan sebagainya, namun kini segalanya berubah apabila papan putih dan LCD pula digunakan. Pembaharuan demi pembaharuan yang dilaksanakan oleh kerajaan membuktikan keprihatinan saf kepimpinan negara dalam bidang pendidikan. Hal ini kerana, kita sedar dan faham bahawa pendidikan merupakan elemen penting dalam sesebuah negara. Para pelajar seharusnya bersyukur dan insaf dengan kemewahan yang dinikmati pada masa kini berbanding para pelajar di negara-negara yang miskin ataupun negara-negara yang dilanda musibah. Jika pelajar dilengkapi dengan bumbung bersyiling tetapi mereka hanya beralaskan daun nipah. Begitulah sengsaranya mereka. Seharusnya dalam kemewahan yang dinikmati ini, para pelajar perlu memanfaatkannya dengan sebaik mungkin. Peliharailah apa yang dinikmati seperti harta sendiri dan janganlah membinasakannya hanya kerana kejahilan kita.
Apa yang ingin ditekankan di sini ialah jadikanlah sekolah sebagai rumah dan guru sebagai ibu bapa. Penulis yakin sekiranya kaedah tersebut digunapakai setiap individu akan merasai ketenangan, keseronokan apabila berada di sekolah dan secara tidak langsung ungkapan “Sekolahku, Syurgaku” dapat direalisasikan. Selamat mencuba….
Last Updated on Sunday, 07 February 2010 13:36
Pengumuman Keputusan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah(PMR)
Keputusan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 telah diumumkan di seluruh negara pada 24/12/2009. Di Sekolah Menengah Kebangsaan King Edward VII, Taiping, seramai 220 orang pelajar telah menduduki Peperiksaan PMR 2009. Penulis yakin perasaan calon PMR sebelum mengambil keputusan sememangnya mendebarkan. Begitu juga perasaan di jiwa guru-guru SMK King Edward VII, Taiping.
Ketika keputusan peperiksaan diedarkan kepada para pelajar, penulis sempat berbual dengan beberapa orang pelajar yang mendapat keputusan 8A dalam PMR 2009. Tidak lekang di mulut mereka mengucapkan ucapan syukur kepadaNya dan terima kasih kepada guru-guru yang telah membimbing mereka sehingga mendapat keputusan yang cemerlang. Sememangnya apa yang ingin penulis tekankan disini ialah para pelajar akan merasai nikmat kecermerlangan sekiranya berusaha bersungguh-sungguh. Percayalah bahawa teguran yang diberikan oleh guru-guru bukanlah tanda kebencian tetapi itu adalah tanda sayang dan kasih seorang insan bergelar guru.
Di sini penulis ingin berkongsi beberapa kata-kata hikmat yang boleh dijadikan renungan bersama. “ Sesiapa yang belum merasakan susahnya belajar walau sesaat dia akan merasakan pahitnya kebodohan seumur hidup”, Penyakit penawarnya ialah ubat manakala kemiskinan penawarnya ialah ilmu”. Sekian Salam Hormat, Salam Bestari, Wacana Hati, Permisi Diri. Syabas dan tahniah.
My Fond Memories Of My Alma Mater - King Edward VII
Written by MEJ NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B
Monday, 23 November 2009 04:24
The tigers' population was increased by one when I
registered for admission to Form 3 in January 1964...long...long time ago!
Before this I was studying in ACS Sitiawan but followed my late father when he
was transferred to Taiping. Based on my 'report card', I was admitted to Form 3
'C'. I know what you are thinking...no problem. I used to tell my wife
that if I stayed on in Lumut, I don't think I could even pass my LCE
(Lower Certificate of Education). You see, I really enjoyed my childhood days
in Lumut. After school and Quranic reading class...with the sarong as
a cape (like superman) I ran to the beach and dived into the sea
with members, crabbing during low tide, catapulting fish and fishing...but
not studying! Well, the transfer was indeed a blessing in
disguise.
Oh ya...let me tell about meritocracy (quality control?)
during my era. I finished my primary education at a Malay school - Sekolah
Kebangsaan Lumut. There was no such thing as SMK
then and no 'automatic' promotion, too. All
Standard 6 students must sit for an examination and only on passing will make
you eligible to continue to Form 1. If you fail, you can 'retain' for another
year..again depending on age. The next filtering system was LCE.
Again, if you fail...good bye Form 4. Here was another restriction...if you
fail English, then you are not eligible to sit for SC
(Senior
Cambridge)...qualified
only to sit for MCE . However, you are given a chance to
sit for SC if you pass the QT (Qualifying Test) while in Form
4. It's not over yet. If you're interested to attend Sixth Form, then you must
sit for the Entrance Test. If pass, you are a Sixth Former.
When the results come out in about March and you fail your SC/MCE...bye...bye
Sixth Form.
On passing Standard 6 examinations, I chose to enrol in
Remove Class instead of Form 1 Malay Medium at ACS Sitiawan. I also wanted to
speak
LONDON
like my friends...he...he..he.
I managed to scrape through the LCE and my results qualified
me to sit for SC/MCE....not bad eh? I was placed in Form 4 Commerce .
During my time, there were 4 classes only - Arts, Science,
Commerce and General. Both Commerce and General classes were
housed on the first floor of the "
Sheffield
Hostel". One of the classes on the ground floor was a Form 4
Malay Medium - a co-ed class.